40 HADIS TENTANG JIWA PENDIDIK

RM35.00

40 HADIS TENTANG JIWA PENDIDIK KHUSUS UNTUK PARA PENDIDIK SEBAGAI MOTIVASI , KEKUATAN DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN PENDIDIK TERUTAMA GURU SEKOLAH DAN PARA PENSYARAH.

- +
Category:

Secara umumnya, buku ini merupakan kumpulan dan syarahan hadis-hadis berkaitan dengan jiwa seorang pendidik. Tujuan penulisan ini tidak lain hanya sebagai motivasi, kekuatan, dan peningkatan kemahiran pendidik untuk menjadi guru yang diredhai oleh Allah di dunia dan akhirat.

Oleh itu, penulis telah memilih beberapa hadis yang diterima mengikut disiplin ilmu hadis dari kitab-kitab yang muktabar dalam bidang ini. Pembahagian hadis di dalam penulisan ini telah dipecahkan kepada beberapa bahagian utama iaitu:

  1. Sanad daripada sahabat tertinggi dan Matan hadis yang sempurna di dalam bahasa arab
  2. Terjemahan hadis dalam bahasa Melayu mengikut keupayaan penulis dan dirujuk kepada beberapa sumber tertentu
  3. Takhrij hadis daripada sumber yang asli
  4. Syarah hadis menggunakan rujukan kitab syarah hadis & kemampuan penulis

Penulis juga telah menghimpunkan hadis-hadis daripada kutub sittah seperti  kitab Sahih Al-Bukhari dan Muslim, serta kitab utama lain berkaitan hadis yang bersesuaian dengan tajuk buku.Penulis turut memilih untuk menghimpunkan 40 hadis agar pembaca dapat memahami isinya dengan lebih mudah dan santai. Penjelasan hadis di dalam buku ini juga adalah hasil daripada penyelidikan daripada kitab-kitab syarah hadis dan juga ulasan penulis yang berkaitan dengan keadaan semasa.

Penulis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa di atas sokongan yang diberikan, juga kepada Tuan Guru yang amat saya hormati dan sanjungi iaitu Dr Zulhilmi Mohd Nor yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana telah bersama-sama dalam membantu dan melengkapkan penulisan dan penghasilan buku ini.

Penulis mengharapkan buku yang ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan motivasi kepada pembaca.

Irfhan Fitri

Weight 0.35 kg
Dimensions 25 × 10 × 17 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “40 HADIS TENTANG JIWA PENDIDIK”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top