GRAVITI AL-QURAN : TEMUI DIRI DI SEBALIK RUANG & MASA

RM30.00

Temui diri dalam al-Quran

SKU: 300 Category:

Graviti Al-Quran merupakan satu fenomena yang berlaku apabila Al-Quran menarik manusia secara semulajadi untuk memasuki ke dalam alamnya.

Ia pernah berlaku kepada Umar Al-Khattab RA apabila beberapa kali mendengar Al-Quran bermula daripada mengintai Rasulullah SAW yang sedang mendirikan qiamullail, sehingga apabila beliau mendengar Surah Taha di rumah adik perempuannya Hafsah yang membawa kepada pengislamannya setelah itu.

Benar, hakikatnya pada Al- Quran ini ada kemanisan dan padanya ada kecantikannya. Ia adalah tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, ia akan menghancurkan sesiapa di hadapannya seperti yang dikatakan oleh orang Quraisy apabila mendengar Surah Fussilat.

Demikian juga situasi apabila Al-Quran diturunkan ke satu bukit, ia pasti akan menjadikannya hancur berkecai kerana takutnya pada Allah, seperti yang digambarkan dalam surah Al- Hasyr.

Itulah hakikat graviti yang dibawa oleh Al-Quran dalam menggambarkan peranannya dalam kehidupan seseorang manusia yang bergelar muslim.

Gambar lelohong hitam Black Hole itu adalah gambaran bahawa alam Al-Quran itu berada di sebalik ruang dan masa (beyond spacetime) di mana Al-Quran berbicara mengenai masa lalu, sekarang dan masa depan secara langsung. Ia juga satu manifestasi kepada sifat Tuhan yang tidak terikat dengan masa dan tempat.

Perbicaraannya mengenai kisah terdahulu membawa kita ke sebuah pengembaraan merentas masa dan tempat, seolah-olah kita sedang melaluinya secara sendiri dan sedar.

Untuk menegakkan poin ini, terlalu banyak ayat Al-Quran yang boleh dipetik antaranya ayat-ayat yang berkaitan kisah para anbiya AS. Kisah dibawa dengan begitu teliti dan sempurna ini bersesuaian pula dengan konteks surah dan ayat yang dibawa.

Ada yang dibawa secara ringkas dan ada yang dibawa secara mendalam, kesemuanya menepati objektif ‘kembara’ yang dibawa Al-Quran dalam surah-surah tertentu.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “GRAVITI AL-QURAN : TEMUI DIRI DI SEBALIK RUANG & MASA”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Whatsapp Kami
My cart
Your cart is empty.

Looks like you haven't made a choice yet.